Thursday, October 13, 2011

bersama mereka di PLANETARIUM

good to have outdoor activities!

hari nie ibu aku dengan budak-budak sekolah dia buat lawatan pegi planetarium, dekat sangat lah tu dengan rumah aku. fyi, ibu aku kan english teacher sekolah rendah. and she asked me to join them :)

dapat kawan baru la babe!


such a nice person, and funny too.
miss Anna Littlehale from US.

dia nie ETA (english teacher assistant) kat sekolah ibu aku and ibu aku nie mentor dia. banyak laa stories yg aku dengar pasal dia before nie, baru hari nie je ada peluang jumpe. and memang dia dah lame sebenarnya nak jumpe dengan daughters mentor dia :)

baek, peramah, kelakar, sembang-sembang dengan dia nie boleh asah bakat terpendam aku laa, memang best. sejak kecik aku diajar speaking, but nak apply dalam real life **walaupun x sepandai mana** tapi macam kekok pulak. nanti orang cakap aku show off la ape laa kan. diaorang tu jeles kott sebab xde english education dari kecik macam aku kan. ohh, nanti aku ada MUET! nervous jugak, we'll see okayy

back to the planetarium story, tempat tu taklah interesting sangat bagi teenagers macam aku nie kan, but the vice versa goes to the children! diaorang sangat seronok dengan apa yg ada kat sana, and aku sangat terhibur tengok diaorang. ramai okayy, pening aku tengok :D





outdoor activities :)


bila dah masuk dalam, banyak benda yg menarik untuk budak-budak tu. riuh jadinya planetarium tu. yg aku nie pulak, suka dengan bahagian science!


HEE! I AM CARNIVORE. 
I EAT HUMAN'S LIVER EVERYDAY!
**konon laa**


dah sepagi sampai setengahari kat sana, miss Anna belanja rombongan budak-budak tu makan Big Apple's Donut, dengan aku aku sekali. time tu camera pulak dah habis bateri ==' well thank you :)

sempat pulak lepas tu aku temankan miss Anna belikan something untuk english teachers and budak-budak sekolah tu. dia tu cute giler okayy, grab benda-benda yg dia nampak pretty and colourful je.
"oh, look at this, this is pretty!"
"this one looks fun, so colourful!"
aku gelak je! HAHA

so i guess dah sampai the end sebab bile dah nak dekat time lunch tu diaorang pun balik sekolah diaorang. and aku pun lepas dah lunch dekat T'Cafe Food Court, balik laa ape lagi. such a wonderful memory i had today!


aku percaya aku diberi kebahagiaan ini selepas tabah dengan dugaan yg melanda. Tuhan akan berada bersama-sama orang yg benar :)







Wednesday, October 12, 2011

if only LIFE has UNDO button!

heaven kan kalau life nie ada UNDO BUTTON.
life always filled with mistakes and regreted things we've done. if only kita boleh redo balik semua tu dan jadikan ia something better,bukan apa yg kita tengah lalui sekarang.



these certain things, aku wish aku boleh ulang balik.

dulu aku nie budak secondary school yg standard dia macam full science school. then aku decided nak follow parents aku pindah ke tempat aku tinggal sekarang nie and proceed dekat secondary school biasa. apa yg aku sesalkan bukanlah what i've been through kat sekolah tu tapi yg aku sesalkan, i'm still here bila kebanyakan frens aku kat school dulu tu dapat further study kat OVERSEAS! u know science school kan, offer akan datang untuk students. and i'm not one of them! kenapa aku x stay kat situ??

consequence dia,aku stuck further study kat Malaysia nie, pilih kolej kecik kat Kuala Lumpur tu, yg penuh dengan fake people and bff=big fake friends! even x semua, just ada laa certain people yg broke my heart just like that and boleh move on macam nothing shit happened! and aku dengan broken heart aku nie, had miserable life everyday when i had to face them. if only diaorang ada delete button kat badan diaorang, barulah life aku akan indah. i really hate it when its time to go back coz i know they are still there! 


i'll regret these for the rest of my life. 
**tu lah,jangan tengok pics budak-budak kat overseas lagi!**



but life memang xkan pernah ada button-button macam tu kan.
and i've been thinking and believe, everything happened for reasons. kalau x, certain things baek yg laen xkan berlaku and i'm not the one i am today. maybe rezeki tu xde lagi or maybe susah-susah dahulu senang-senang kemudian. Allah maha adil :)


keep smiling and u'll be strong, more than u thought u could be :))




Tuesday, October 11, 2011

hadiah buat IBU :)

hai :)
good mood.

hari nie nak story bout hadiah buat ibu.

hari ibu ke??

bukan lah. xkan nak tunggu hari ibu je kan baru nak appreciate ibu kita,bagi hadiah semua,and say I love U bagai. hari-hari pun boleh buat macam tu. tapi xdela hari-hari nak bagi hadiah kan,botak pulak kepala nie =='

for my beloved mummy,i know whats your favourite,
thats why im giving u these :

8/10/11


set mangkuk Vantage.


tu bukan sopak ke hape,tu memang pesenn dia okayy
thats why lah beli tu,laen daripada yg laen,unik,i LIKE :D


harganya amatlah berpatutan.
bagi seorang suri rumah berkerjaya laa kan.
but bagi student macam aku nie,haduihh,ketaq jugak nak kuar fulus. fuhh

tapi xpelah,apalah sangat harga sedozen mangkuk Vantage kalau nak dibandingkan dengan apa yg ibu dah bagi selama 20 tahun nie kan. **walaupun ibu nie kedekut sikit ;p opss**

so ibu,jangan bising-bising lagi mana nak cari set yg matching dengan set gelas yg ibu dah beli kat KL tahun lepas. hehe okayy?

untuk senangkan ibu,kakak dah dapatkan kad membership supaya nanti kalau nak cari set matching lagi,ibu dapatlah diskaun :)



u olls,aku kena beli hiasan itik bodoh nie untuk dapatkan kad membership tu tau. sekarang aku kena pikir mana nak campak benda alah nie sebab nanti xde malaikat masuk rumah!
**kena cari kawan chinese and bagi kat dia!!**


apa-apa jelah untuk ibu. saya rela. SAYA SAYANG IBU.




nampak gayanya sape yg datang beraya rumah aku tahun depan bukan je boleh minum air dalam gelas Vantage tapi boleh makan sphagetti dalam mangkuk Vantage jugak! keeeelllaaaaaaaaassss kau senah! HAHA






Friday, October 7, 2011

FINAL is OVERRRRR

aummm rindu setengah mati lah sama ini blog! lama gileee xjengah. maklum,final week. but the great thing is,yessss FINAL is totally OVER! 



minggu final sem 5 nie agak singkat sebab 3 je paper final aku. BIOLOGY,CHEMISTRY & INTERNET PROGRAMMING

tang 2 subjek first tu mesti xheran kan? tapi tup tup ada subjek programming pulak. haiggoo,aku pun xpuas hati kenapa kena blaja tu. naek biol kepala nie,jawab nak xnak je =.='

sem nie sangat-sangat menakutkan aku sebenarnya walaupun paper sikit. satu drop,the whole pointer will drop. like nangka busuk gitu jatuhnya. aduh. dah la jawab merapu,keluar dewan nak awal je. runsing mak nie mikirkannya nob oii.

tiap-tiap malam before hari paper,sure tido aku xlena. mau setiap setengah jam,mesti aku terjaga. time xde paper,boleh pulak tido mati. sem-sem lepas xpernah pun macam nie. lagi lah aku risau. jangan sem nie cipta sejarah yg xpernah berlaku 4 sem yg lalu sudah lahhhh. nauzubillah **pasrah**

nak jugak berangan macam sem lepas,even dah diduga dengan hebatnya,still lagi excellent setimpal dengan apa yg aku dah tanggung. sem nie?

dengan semua yg dah datang menduga aku,aku xkisah dah pasal pointer lah,dekan tu semua. pegi lantak laa dengan pointer,pointer duk nombor 2. first,LULUS semua paper dulu! 



Tuhan,Engkau maha mendengar,aku mohon aku XNAK jumpa subjek yg sama lagi sem depan. berilah aku kesempatan menimba ilmu-ilmu baru. setakat LULUS pun jadi lah,x mintak banyak pun :'(

maybe di saat ini,ada seseorang atau sesetengah individu tersenyum gembira melihat kejatuhan aku. memang xboleh aku lebih dari kau kan? fine lah,amek lah. semua kau punya,puas hati?


kawan-kawan,doakan aku LULUS semua paper boleh?
**kesian x? aaaa aku xpernah setakot nie!!**


p/s : aku ada adek aku di sini sebagai penguat semangat aku!
thanx adek,air mataku xtumpah setitik pun! :')