Monday, August 27, 2012

SUPRISEEE!!!

assalamualaikum :)

aihh, tajuk entry macam nak kena cepuk lelaju 120km/j je kan, hihi.
lepas hilang seabad, sesuka hati je nak buat suplisee **gaya eric leong :D

sorry ye sorry, raya raya xbulih marah kan, hihih.
rasanya kengkawan semua dah tauu nie, thanks to FB,
tapi bagi yg xtahu lagi, uolssss, I'm getting married! LOLL
**deshumm, rasa rasa je penampau korang kan, diam diam je dah nak kawen!

rileks rilekss, cuba baca dan selami **cehceh penjelasan dahku ini :p

tanpa diduga semua berlaku dgn pantasnya, xmain planning dah.
memandangkan lelama sangat jadi juwita dan arjuna nie, eloklah 
bernaung di bawah gelaran hubby and wiffy pulak, kan barakah.
10 Jun - merisik **sekali harung bertunang
1 Sept - Ijab & Qabul **di rumah Allah SWT
2 Sept - Kesyukuran & Sambut Menantu


favourite pic ever :)

dari awal memang xde plan reception sebelah perempuan sebab ramalan
kaji cuaca cakap **ehhh kemasukan tawaran degree UiTM pun bulan 9.
takot kelam kabut nanti kan, mana nak settlekan majlis, mana nak 
prepare gi UiTM, dengan parents lagi dah start mengajar **cikgu kann

tapi lepas dah buat istikharah beberapa kali bulan Ramadhan ritu, 
terbuka gate hati dahku untuk mendahulukan tanggungjawab 
besar yg dipikul bermula 1 Sept, semoga Allah bersamaku.

so UiTM Bachelor in Science and Food Technology,
sorry we're not meant to be together, please be happy ;)

jadinya nak plan balik reception in less than a month memang 
takkk la kan? xsempat kot, huhu, so no reception will be held shortly.
insyAllah akan ada majlis solat hajat dan doa selamat je dulu 
bagi pihak perempuan, reception will coming soon :)

oh speaking of sambung belajar, don't worry dahku akan try 
intake kedua insyAllah bulan 3 next year, uni within Teghanu je kot.
study tetap study, silapnya persepsi orang nie kan, ''dah kahwin nak belajar 
apa lagi??'' silap tu, perkahwinan bukan pengakhiran tapi permulaan yg baru ;)

oloh, rezeki kan ada di mana-mana, lepas kahwin lagi la banyak 
Allah SWT bukakan pintu rezeki, seluas langit dan bumi, aminnnn

berbalik pada raya, oh syahdu. dek kerana kegilaan sibuk kuasa 
patribulapanbelas menguruskan majlis-majlis berkaitan, 
x ghayo mano la den nie haa, beli sikit sikitt joo.
btw, Eid Mubarak, maaf zahir batin :D


combine pic jela, x 'sah' lagii, hihi.

''xpe, tahun depang kite raye sakang!'' ihii, best dengar :p

as always, kitaorang selalu in low profile dan x heboh-hebohkan 
sangat kisah cinta sebab kitaorang rasa laa kan sesuatu yg takde ikatan 
dan tak pasti nie xmanis kot terlalu dipublisitikan **cehh statement nak retiss jee! :p

so pada kawan-kawan yg selalu macam ''waa korang still lagi? nak 
kawen dah??'' yess, we're still standing together strongly and always will ;D

dua dua majlis pun, nikah dengan sambut menantu serba sederhana, 
sesapa yg sudi boleh datang singgah amek gamba pengantin, eh? hihi

alaa, kesuntukan masa nie lahaiii, byee uollsss!
nanti insyAllah update entry 'in the making of big days' eh :p








2 comments:

♥KellY Eun♥ said...

ty..sy doakan semuanya baik2..happy for you dear <3.selamat menempuh alam rumah tangga..be the best wife..^_^

meen said...

tahniah ty ! :)